Info Muar

DAERAH MUAR terletak di barat laut negeri Johor Darul Ta'zim. Ianya bersempadan dengan Daerah Ledang di utara, Segamat di timur dan Batu Pahat di selatan.

Muar merupakan daerah kedua terpenting selepas Daerah Johor Bahru yang merupakan ibu negeri Johor. Bandar Muar cukup sinonim dengan nama Bandar Maharani iaitu gelaran yang diberikan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar ketika merasmikan Bandar Muar pada 12 Ogos 1887. Kemudian pada 2012, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mengisytiharkan Bandar Muar sebagai Bandar Diraja Johor.

Daerah Muar berkeluasan 2,346.12 kilometer persegi dan berkepadatan seramai 247,957 orang penduduk (2010). Muar dibahagikan kepada 12 buah mukim iaitu :

1. BUKIT KEPONG
2. LENGA
3. JORAK
4. AYER HITAM
5. SUNGAI BALANG
6. SERI MENANTI
7. PARIT JAWA
8. PARIT BAKAR
9. BANDAR
10.JALAN BAKRI
11.SUNGAI TERAP
12.SUNGAI RAYA


Dari segi geografi, Bandar Muar terletak pada 2 o3'N 102o34'E, di muara Sungai Muar. Bandar ini berada pada kedudukan 150 km (93 batu) ke barat daya Kuala Lumpur. Ia adalah 50 km ke utara Batu Pahat dan 179 km ke barat laut Singapura.

Sebelum tahun 2007,Daerah Ledang merupakan sebahagian daripada daerah Muar. Tetapi selepas itu, Daerah Muar telah dibahagikan iaitu kawasan utara Sungai Muar dikenali sebagai Daerah Ledang manakala kawasan selatan Sungai Muar kekal sebagai Daerah Muar.

1 ulasan:

  1. dan paling istimewa mukim lenga,tempat saya,antara mukim yg terbesar dari 12 mukim,dan ada 2 makam keramat wali2 disitu. Juga adanya bahasa yg berbeza dari yg lain,seolah olah loghat perak.satu lg keunikan,tarian ceracap mak inai,hanya terdapat disini saja dlm dunia ni ! ! YOSDI-0176484946.

    BalasPadam